REPELLA (3 Dalam 1) adalah Penghalau Serangga Organik, Baja Semburan Daun dan Siraman Akar Tanaman.
REPELLA juga dapat menyuburkan tanaman tanpa membahayakan tanaman, haiwan dan juga manusia.
REPELLA Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman seperti tanaman hiasan (berbunga mahupun tidak), pokok buah-buahan, sayur-sayuran malah juga padi.
REPELLA merupakan satu penyelesaian mudah kepada permasalahan pokok-pokok dan tanaman anda.
Manfaat penggunaan Repella Pestiliser:
Kandungan unsur nutrisi yang lengkap,hormone dan humic acid dalam Repella dengan kemampuan mekanisma secara simbiosis dan stimulant, menjadikan kesan bermanfaat yang dapat dikembangkan dalam menentang serangan serangga serta meningkatkan produktiviti tanaman. Ia memberi manfaat bertujuan untuk.Þ Meransang Pembentukan Akar dan Meningkatkan Keberkesanan Penbajaan di Tanah.
Kesan penggunaan Repella dalam sel tananman antaranya adalah merangsang pertumbuhan akar.Ia diikuti dengan proses pembentukan Giberellin dan Sitokinin pada akar. Penjanaan Giberellin dan Sitokinin diakar meningkat , sebahagiannya keluar ke permukaan akar semasa proses eksudat akar.
Hormon tersebut ditambah dengan karbohidrat fotosintesis yang terkumpul pada akar sebagai bahan pembentuk akar juga dimanfaatkan oleh mikro tanah yang ada di sekitar akar-akar muda. Proses metabolisma (penguraian) mikrob tanah menambahkan keupayaan penyerapan nutrient oleh akar., terutama untuk nutrient N (Nitrogen) dan P (Phosporus). Gabungan proses pengembangan akar dan kegiatan penguraian mikrob tanah meningkatkan jumlah nutrient yang diserap oleh tumbuhan pada suatu masa. Dengan demikian keberkesanan penggunaan baja di tanah dapat dipertingkatkan.
Þ Memperbesarkan Ukuran Daun dan Memanjangkan Umur Produktiviti Daun.
Auksin dan Sitokinin yang ditambahkan melalui aplikasi Repella, mampu meningkatkan daya kerja Sitokinin endogen terutama pada proses pembelahan sel. Sel-sel daun tanaman membelah lebih cepat, sehingga pada satu waktu sel yang terbentuk lebih banyak.
Demikian pula dengan Giberellin, jumlah endogen Giberellin akan meningkat dengan adanya ransangan pertumbuhan akar. Peningkatan proses ini akan lebih cepat dengan pertambahan hormone Geberellin dari penggunaan Repella, sehingga meransang proses pembesaran sel-sel daun yang terbentuk tadi. Kesan ini sangat nyata pada daun tanaman yang menggunakan Repella, saiz dan diameter daun meningkat hampir 3 (tiga) kali ganda.
Peningkatan hormone Sitokinin pada daun diatas tahap normal, akan merencatkan penghasilan hormone Obsitat. Pembentukan hormone Obsitat menjadi lambat sehingga daun tidak cepat menua. Keadaan ini amat jelas terlihat pada tanaman keladi dan kentang yang menggunakan Repella. Kedua, pada keadaan normal, tanaman yang telah matang, daunnya dilihat cepat menguning dan rosak. Pada tanaman yang menggunakan Repella, sampai peringkat umur tua tanaman ia masih nampak hijau dan segar.
Þ Meningkatkan Penimbunan Bahan Fotosintesis Untuk Penghasilan Buah/Ubi.
Proses kesan dari ransangan Repella tidak berhenti hanya pada penghasilan daun, proses ini berlanjutan sehingga pembentukan jaringan penyimpanan lebihan makanan .Peningkatan proses pembentukan karbohidtrat fotosintesis yang pesat akan merubah C/N Rasio menjadi relative besar. Keadaan ini mendorong tanaman beralih fasa, dari fasa vegetatif(membesar) ke fasa generatif(matang/penghasilan). Pada fasa generatif tanaman menjurus pembentukan jaringan penyimpanan makanan. Ada yang membentuk buah, ubi, akar, ubi batang, daun yang berubah bentuk dan lain-lain.
Penambahan konsentrat hormone Sitokinin dan Giberallin akan meningkatkan kapasiti pembentukan jaringan penyimpanan makanan. Sel-sel jaringan penyimpanan akan terbentuk lebih banyak dan lebih besar. Keadaan ini sangat menggalakkan untuk menampung hasil-hasil fotosintesis yang semakin pesat.
Kesan ini akan dilihat jelas pada ukuran ubi kentang yang meningkat sehingga 30%. Pada tanaman padi, peningkatan penyimpanan tidak ditunjukkan pada butir padi, tetapi dapat dilihat pada kepadatan isi, berat butir secara purata meningkat 20%.
Þ Meransang Pembentukan Bunga.
Meningkatnya nisbah C/N yang menbawa tanaman memasuki masa primodial bunga, mempercepatkan masa kematangan tanaman. Pada fasa ini, penambahan Giberellin secara oksigen akan memacu tanaman membentuk bunga. Kesan Giberellin oksida ini seringkali dapat mematahkan dormansi(tidak berkesan) akibat suhu maupun terdedah kepada cahaya terik.
Tanaman kontan dan sebahagian besar tanaman buah bermusim amat berkesan terhadap penggunaan Repella. Pada tanaman padi, purata tempoh keberkesanan akan nampak dalam tempoh + 10 hari. Pokok mangga dan limau dapat lebih cepat berbunga antara 20-30 hari.
Þ Mengurangkan Kadar Kerosakan Bunga/Buah.
Kesan Giberellin dan Auksin yang ditambahkan secara oksigen, menghalang hormone Obsitat. Dengan demikian proses absisi(pelepasan bahagian-bahagian tanaman) di hapus. Pada bunga dan buah hampir-hampir tidak terjadi penghasilan Auksin. Kondisi ini akan memacu pembentukan lapisan gabus yang tumbuh membatasi antara tangkai bunga/buah dengan batang /ranting tetap hidup dan tidak mati menjadi jaringan gabus.
Þ Memanjangkan Usia Produktiviti Tanaman.
Gerak kerja Repella secara keseluruhan dapat meningkatkan kualiti tanaman secara sistematik. Kesan bermula dari perkembangan akar yang ekstensif(subur dan sihat).